An- NAFis…The Shiny Happy People

October 13, 2009

Raya 2009..

Filed under: Uncategorized — jejakalkindi @ 11:45 am

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Rayapertama tahun ini aku beraya di rumah keluarga aku di Kedah. Tema tahun ini merah ke pink2an. Ramai sahabat handai yang datang bertandang. Seperti biasa kakak2 dan abang2 aku tak semua yang beraya pertama di Kedah kali ini. Selepas solat Aidil Fitri aku ada photoshoot sikit, untuk sesiapa yang available aje pada pagi tu.

Dan gambar2 kali ini tak sempurna rasanya kerana ada “reflection” dari cermin belakang kereta yang di “park” di halaman rumah. Tapi sebagai kenangan sekurang2 aku ada gambar keluarga sebagai kenangan raya tahun ini..

P1019100

Cucu & cicit Hj Osman dan Hajjah Zaiton yang ada di pagi raya..

P1019108

Famili potrait keluarga kak Idah & abang Mail..

P1019118

The shiny happy peoples themselves..An-NAFis

P1019110

KAMI..1 Syawal 1430 Hijrah

Pada petang 2 Syawal kami bertolak ke Perak untuk beraya pula di sana. Paginya kami menerima kunjungan dari keluarga Kak Fauziah dan Abang Sulaiman. Bagi anak menakan aku Intan Salina berserta keluarganya ini adalah kunjungan pertama mereka kerumah kami di Jitra. Mak Nab ibu kepada Abang Sulaiman juga turun serta kali ini.

Selepas itu pula kawan lama Celcom, En. Rais Dahlan berserta keluarga pula mengunjungi..acara makan2 diteruskan disamping update isu2 semasa celcom dan negara..haha..

P1019141

P1019179

Kami bersama keluarga K.Fauziah minus Intan, Zaid and the geng

P1019182

Keluarga E. Rais sedang menjamu selera..

“Selamat Hari Raya untuk semua

October 6, 2009

Kisah 28 Ramadhan 1430H….

Filed under: Uncategorized — jejakalkindi @ 12:11 pm

Assalamualaikum & Salam sejahtera…

Selamat Hari Raya & maaf zahir batin kepada semua..Ramadhan telah meninggalkan kita dan kini Syawal menjelma. Adakah kita akan bertemu lagi Ramadhan yang akan datang?, hanya Allah yang dapat menentukan…

Tiada cerita raya lagi buat masa ini kerana aku masih lagi terlalu sibuk. Namun aku ada sedikit update dari apa yang berlaku diakhir Ramadhan…

Padang hujung2 Ramadhan yang lalu, sedang kebanyakan orang sibuk mempersiapkan diri untuk menyambut Syawal aku berserta isteriku masih mempunyai misi yang belum terlaksana. Lebih2 lagi buat isteriku, aku hanya menolongnya dalam mencapai misi tersebut.

Ianya adalah untuk bertemu dan menemubual mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir Mohammad. Ia adalah satu dari perkara yang harus dilakukan oleh isteriku untuk kerja penyelidikannya. Jadi pada 27 Ramadhan kami telah bergerak ke Kuala Lumpur. Pertemuan sudah pun diatur dan mengikut apa yang dimaklumkan ianya bertempat di Putrajaya. Selepas bermalam di rumah anak saudaraku di Wangsa Maju. Keesokannya berbekalkan apa yang seharusnya kami bawa, alatan2 untuk menemuramah, berserta sedikit buah tangan yang kami bawa dari Kedah juga cenderahati dari pihak Universiti, seawal pagi kami pun terus menuju ke Putrajaya.

Namun terjadi sedikit masalah teknikal dimana alamat yang sepatutnya untuk sesi temuramah tersebut adalah di Kuala Lumpur. Lebih tepat lagi di Yayasan Al-Bukhary, di belakang Muzium Kesenian Islam, Taman Tasik Perdana. Ianya bukan kesilapan kami, rasanya kesilapan menulis alamat oleh pihak yang menguruskan pertemuan tersebut yang menyatakan ianya di Putrajaya. Nasib baik kami masih ada waktu setengah jam dari masa yang sepatutnya, jadi berbekalkan Garmin GPS aku yang cukup berjasa itu, kami pun memecut laju menuju ke kuala lumpur pulak. Nasib kami memang baik kerana tiada seberang kesesakan lalulintas pada waktu itu, mungkin kerana ramai warga kota telah meninggalkan ibukota menuju ke kampung halaman masing2 untuk berhari raya.

Kami menyatakan tujuan lawatan kami kepada pihak keselamatan yang bertugas di Yayasan A-Bukhary dan dibenarkan masuk ke bangunan tersebut. Rasanya bangunan itu adalah satu bangunan yang cukup cantik dengan corak2 geometry yang melambangkan kehebatan senibina Islam dengan air pancutan ditengah2 bangunan. Terdapat ukiran2 yang menghiasi dinding, memang cukup menarik sekali.

Tidak lama kemudian kami pun dijemput untuk bertemu Tun. Tun berada di mejanya pada masa kami masuk dan bangun menyambut kami dan bersalaman. Memang satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Selepas berbual2 mesra maka sesi temuramah pun dimulakan. Aku tidak menyertai sesi temuramah tersebut kerana tugas aku adalah sebagai jurufoto. Aku hanya merakamkan sesi temubual itu dengan video camera yang telah dibawa juga mengambil seberapa banyak gambar yang boleh dengan kamera DSLR aku. Rasanya, ini adalah pendedahan yang baik buat jurugambar amatur seperti aku..hehe..

Sesi temubual berjalan hampir satu jam setengah dan akhir sekali kami mengabadikan kenangan dengan bergambar beramai-ramai bersama Tun.

Terimakasih kepada Tun Dr. Mahathir Mohammad kerana sudi melayan kami dengan mesra dan baik sekali. Juga kepada mereka-mereka yang telah membantu kami seperti pembantu-pembantu Tun serta juga pihak keselamatan di Yayasan Al-Bukhary. Ucapan penghargaan untuk rakan2 penyelidik yang hadir..Prof Madya Dr. Salmah, Cik Evawaynie, Pn Maz Jamilah serta suaminya En. Faizal Isa. Semestinya Ramadhan kali ini lebih bermakna buat isteriku kerana satu misi penting beliau telah terlaksana…

P1019034

P1019042

P1019021

P1019022

P1019020

P1019059

P1019062

September 4, 2009

Dugaan & Cabaran Pada Ramadhan ini..

Filed under: Uncategorized — jejakalkindi @ 1:11 am

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Hari ini telah genap 13 hari kita berada di bulan Ramadhan. Bulan yang penuh keberakatan. Selamat berpuasa kepada semua muslimin & muslimat dan semoga kita terus jaya dalam menempuhnya sehingga ke akhir Ramadhan. Pasti ada cerita2 menarik samaada yang sedih ataupun gembira yang anda telah lalui. Dan aku juga mempunyai cerita tersendiri untuk aku catatkan disini sebagai tatapan di masa hadapan. Sesungguhnya blog ini adalah perjalanan hidupku serta keluargaku untuk dikenang dan dijadikan pengajaran.

(i). Anaqi yang tidak sihat

anaqisick

Pada 6 Ramadhan, anak bongsuku Muhammad Anaqi Najhan telah dimasukkan ke wad Hospital Jitra setelah muntah2 semalaman. Pada petang sebelumnya kami telah membawanya ke Pusat Rawatan Mahsuri Jitra untuk pemeriksaan biasa, tetapi Doctor yang merawatnya memdapati beliau amat lemah dan harus dimasukkan segera ke wad kerana badan beliau telah kehilangan banyak air. Kami terus saja pergi ke bahagian kecemasan Hospital Jitra selepas itu, membatalkan terus niat kami untuk berjalan-jalan di bazaar Ramadhan pada hari tersebut.

Sesampainya di hospital, misi yang bertugas terus saja mencari salur darahnya bagi tujuan memasukkan cecair yang beliau perlukan bagi mengatasi masalah “Dehydration” . Selepas percubaan ketiga baru ianya berjaya, kasihan kami melihat Anaqi, lebih kasihan bila mendapati yang beliau yang selalunya aktif tidak menangis kerana terlalu lemah aku rasakan untuk berbuat demikian. Selepas proses itu selesai, beliau terus dimasukkan ke wad dan kami sekeluarga berbuka puasa di wad pada hari itu. Memandangkan hospital tersebut adalah hospital kerajaan, hanya isteriku yang menemani beliau sepanjang beliau berada disitu.

Ini bukan pertama kali anak2 kami pada seusia beliau dimasukkan ke wad. Dua kakaknya serta abangnya pernah dimasukkan ke hospital pada usia sekitar 2 tahun atas kes Pheunomia. Tapi kali ini berbeza kerana beliau bukanlah jenis kanak2 yang suka merengek atau menunjukkan kesakitannya. Menurut isteriku, beliau terasa begitu sayu bila melihat Anaqi begitu lemah, namun tidak mahu menangis kerananya dihadapan Anaqi bagi menunjukkkan kekuatan kepada beliau. Aku faham dengan tindakan isteriku.

Alhamdullilah, atas pertolongan misi2 yang berdedikasi dan baik, kesihatan Anaqi beransur pulih dan dibenarkan keluar selepas tiga hari. Aku mengambil cuti sepanjang tempoh tersebut bagi menguruskan anak2 yang lain. Dan syukur juga kepada Allah kerana mengurniakan Anaqi adik-beradik yang prihatin dan penyayang. Kami bersama Anaqi sepanjang hari tanpa sebarang komplen dari mereka.

Sesungguhnya, aku merasakan ianya adalah ujian dari Allah SWT pada Ramadhan ini. Kami tak putus2 berdoa kepadaNya demi kesihatan Anaqi sepanjang tempoh tersebut. Dan Allah mengmakbulkan permintaan kami, Subhanallah..

(ii). Bertindak demi kesejahteraan ummah

Pada bulan ini masih ada insan2 yang tidak prihatin dengan masyarakat sekelilingnya. Sebuah premis peniagaan runcit dikawasan perumahan kami cuba mempersendakan kesucian bulan yang mulia ini dengan menjual minuman keras secara terbuka diatas rak peragaan. Walaupun alasannya untuk keperluan pekerja2 Myanmar yang bekerja di tapak perumahan baru di taman kami, tetapi alasan tersebut kami rasakan tidak manusabah. Kami dsini terdiri dari 98 peratus muslim dan memperagakan secara terbuka barang2 untuk keperluan 2 peratus lagi insan yang tidak juga bermukim disini tidak dapat diterima.

Jadi sebagai tanda protes kami mengambil tindakan untuk menyisihkan kedai tersebut sebagai tindakan yang tepat. Adakah tindakan tersebut betul, kami merasakan Ya!.Ianya bukan sebagai satu tindakan perkauman tetapi lebih kepada hukuman sebagai pengajaran. Mereka tidak seharusnya memperlekehkan keimanan kami dan sepatutnya lebih sensitif dengan agama yang kami anuti. Alhamdulillah, tindakan kami menbuahkan hasil dan kesannya semakin meraka rasai dan barang2 “haram” tersebut telahpun dikeluarkan dari peragaan. Subhanallah..

(iii). RON95

Satu lagi catatan peribadi untuk Ramadhan kali ini. RON95 telah diperkenalkan sebagai bahanapi baru untuk kenderaan. RON97 yang aku gunakan lebih kurang 12 tahun lamanya kini mempunyai mempunyai harga baru. RM2.05 seliter. Aku seperti rakyat malaysia yang lain mencuba bahanapi baru tersebut. Nampak okay untuk kereta yang satu itu, kereta baru semestinya tiada masalah.

Tapi kereta kesayangan aku yang satu lagi itu..Proton Wira 1997 seperti mempunyai kesan kepada kesihatannya. Aku bukanlah orang yang mahir mengenai kereta dan teori aku mungkin tidak tepat, tapi aku rasakan RON95 tidak sesuai untuk kereta kesayangan ku itu. Aku dapat rasakan perubahan pada dirinya, kesihatannya seperti merosot. Aku berkata demikian kerana aku telah memandunya hampir 13 tahun. Aku pasti dapat merasakannya, ianya tidak “melawan” seperti biasa, responnya agak lemah dan mendatar. Kesudahan selepas seminggu aku berbalik mengisi RON97 seperti biasa. Logik, memang logik aku rasakan..bayangkan kita yang biasa meminum “frensh orange” selama 13 tahun tiba2 bertukar kepada “oren bancuh” pasti akan terjejas kehidupannya. Tapi demi kereta yang banyak berjasa tersebut, aku sanggup memberinya fresh orange semula..hehe

(iv). Chor & UPSR – satu cabaran

chor SIR

Ramadhan ini, anakku yang sulung Nur Nabilah@Chor akan menghadapi cabaran besar yang pertama dalam hidupnya. Peperiksaan UPSR yang akan berlangsung minggu hadapan. Peperiksaan percubaan telah pun dilalui dengan jayanya. Terbaik disekolahnya..Alhamdulillah. Semoga beliau dapat mengekalkan kecemerlangan dalam peperiksaan sebenar. Sekiranya berjaya nanti semua atas usahanya dan doa kehadrat Allah SWT. Sumbangan kami adalah sangat kecil.

walaubagaimana, Chor rasanya berpuas hati dalam apa yang dilaluinya setakat ini sebelum mengakhiri zaman sekolah rendah sebelum melangkah kesekolah menengah. Berpidato sudah, choir sudah, bersajak sudah, bercerita sudah dan ber”spell-it-right” pun sudah. Peringkat sekolah sudah, peringkat negeri pun sudah..cuma tidak berkesempatan ke peringkat kebangsaan atas sebab teknikal. Beliau bangga, aku bangga, kami bangga…syukur Alhamdulillah diatas kehadirannya di dalam keluarga kami..



Older Posts »

Blog at WordPress.com.