Selingan: Aniq Nabihan & Cerita Ultraman
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Pertamanya, maaf kerana entri sebelum ini mempunyai masalah pada ruang komen. Ada diantara komen2 yang ditinggalkan mengambil masa yang begitu lama untuk “appear’, jadi terdapat kawan2 yang terpaksa meninggalkan beberapa komen dan ianya masih tidak kelihatan; hingga komen saya sendiri pun tidak kelihatan. Ianya agak pelik dan sukar ditentukan sebab2nya mengapa ianya berlaku. Mungkin ini “sign” dari Blogspot agar saya berhenti berblog?..ntahlah..
Dan entri kali ini hanyalah sekadar selingan agar blog ini terus bernafas dan menwarnai “blogospehere”. Mungkin tiada lagi update atau idea penulisan yang mantap buat masa ini. Walaubagaimana pun pagi tadi saya dan isteri sempat menghadiri satu ceramah oleh speaker dari US Imam Mohamd Bashar Arafat & Afeefa Sayeed sempena Majlis Konvokesyen ke 3 universiti. Tajuknya adalah “ISLAM AND MUSLIMS IN THE UNITED STATES” dan kandungan nya agak memberangsangkan dan berkisar tentang “American Muslims”. Dan secara jujurnya kami amat menyukai forum sebegini yang disampaikan oleh penceramah antarabangsa disamping program2 ilmu oleh penceramah tempatan. Ianya memberi kelainan dari ceramah biasa dan membuka ruang minda yang lebih luas bukan hanyaberkisar kepada masyarakat tempatan.
Sebagai selingan saya akan menulis apa yang ditulis oleh anak lelaki pertama saya Muhammad Aniq Nabihan yang ditunjukkan kepada saya sewaktu makan tengahari tadi. Karangan nya sendiri tentang cerita “Ultraman”. Buat makluman, beliau adalah anak yang paling suka membaca dan paling awal boleh membaca. Dan cerita ini adalah imaginasi beliau.
Dan bagi menjaga etika kewartawanan, tulisan beliau tidak diolah kembali dan adalah terdapat kesilapan ejaan disana-sini!..maklumlah budak berumur 7 tahun…harap dapat dimaafkan.
Cerita 1: “Ultraman X”
Pada suatu hari pembunuh raksasa sedang mengulang kaji di seluruh dunia. Tiba – tiba ada seekor raksasa kumpulan itu menembak peluru itu. Ke arah rasasa itu. ultraman max ialah salah satu dari mereka. Salah satu dari mereka telah menjadi ultraman. ultraman itu baru bertukar tiba-tiba ia meletup secara autometic.
Cerita 2: “Ultraman mebius”
Pada suatu hari ada seorang guru. guru itu telah meninggal dunia. Pada waktu itu seekor raksasa hodoh dan bermata besar serta berhindung panjang. ada orang tua. tiba-tiba orang tua itu bertukar ultraman mebius. bersama-sama orang tua yang lain raksasa itu menang. ultraman kalah menjadi orang selama-lamanya.
Cerita 3: “Ultraman SeVen”
Pada suatu hari rumah Ben ditenggelami air banjir. Ben rasa sejuk sangat. tiba-tiba ia menjadi ais. Sekali rumahnya. ia Kemudian menjelma sebagai raksasa ais. ia akan jadikan orang beku. salah satu kumpulan mereka telah menjadi ultraman seven. ultraman itu terlalu pantas berlari oleh itu ia telah menjadi aiscrem.
Jadi itulah cerita selingan buat kali ini..kes2…boleh la walaupun tak sehebat “Ayat-ayat Cinta”
Nanti akan cuba masukkan kompilasi teka-teki budak2 pulak..walaupun jawapan ntah apa2 tapi ada jugak logiknya….
Dan minggu hadapan kami akan bercuti seminggu sempena cuti sekolah & University mid-sem break..ada kenduri-kendara yang harus dihadiri..kepada semua yang baru atau akan melangsungkan perkahwinan..Tahniah! diucapkan..











Fisol..
Mesti hang rindu nak dengaq khutbah jumaat kat The Guild atau masjid Ar-Rahmah..depa selalu bagi khutbah in English..kengkadang dalam arab..
Wahhh..pandainya anak hang buat karangan..tu dapat skill abah dia lah tuu..kena pupuk semangat tu..kita pun kurang journalist berwibawa kat Malaysia tu…
Best tu teka teki..cepat2 sikit compile..nanti buleh aku tanya anak2 aku..bagi depa enjoyyyy..
Eh..mailah sini cuti2..kita pi fruit picking..Apple ..Pear..tgh ranum nii..kekekeke
August 15, 2008 at 5:15 pm
steadylah ultraman!
aku nya blog pun … bukan saja komen hilang, tempat nak komen pun leh hilang … hahaha
kreatif aaa dan etika kewartawanan buat lebih kreatif … cayalah
August 16, 2008 at 12:28 am
Abahnajwa:-
mmg rindu pun..dulu kat LU x buat solat jumaat..surau pun kat basement, atas depa buat kelas tarian…dan selalunya aku either pi jumaat kat masjid Ar-Rahmah atau LJMU Hall…depa boh arab all the way..so skrg ni english boleh la faham khutbah tu kan?
haha..karangan tu standard camtu la..tp at least bulih la tulis sikit2…mmg kena pupuk tu..
tp anak abah mesti lagi terrer kan!..ntah2 speaking pun dah style scouse..ala2 steven gerrard gitu..
August 16, 2008 at 10:12 am
Azer:-
huhu..tempat nak komen pun hilang?..fuh lagi tragis tu..
etika kewartawanan kena jaga azer..kalau tidak lain dilapor lain yg ditulis nya…x elok tu..
August 16, 2008 at 10:58 am
hehe. tinggi sungguh imaginasi anak CA ye… ni msti bakal menyumbangkan idea2 kreatif bila dh matang.
suka diya baca karangan otomen ni. especially yg kedua tu. otomen mebius. isk, otomen pun mcm2 jenis ye CA. hehe. yg diya tahu otomen taro je. yg lain tak amek pot plak :p
August 17, 2008 at 3:22 pm
selamat bercuti…..kalau jumpa raksasa jgn lupa panggil ultraman dyna or gaia…hehehe
August 17, 2008 at 11:45 pm
ala bro ni..nape lak kata sign suh benti blogging..ish3..
hihi..hebat la anak bro tu pny imaginasi ek..tu mst hero dia tu
August 21, 2008 at 1:18 pm
innocence. can’t get enough of it. =) nice post. cute. i wanna see the teka-teki, soon~! hehe. i like kids. really do. well. and ultraman essays? that’s got to mean something, other than the fact that he can write. *^^* he has imaginations. and i think that’s cool. *^^*
August 22, 2008 at 5:43 pm
salam…selalu gak solat jumaat kat basement tu saudara..atas tu memang tempat dia org buat activity termasukla main snooker kalau tak silap…kekadang gi ar rahma dekat umah. Dulu besnya solat kat basement tu, lepas jumaat ada jual makanan msia..lepas tu kena stop sebab dia org tak kasi jual dah.
Lawak betul la karangan tu…tapi cukup kreatif – pengaruh tv ker bro
August 22, 2008 at 8:38 pm
salam bro,
wah walopon ade kesilapan ejaan, tapi sy kagum sbb seumur 7tahun dia sudah pandai berimaginasi dan setrsunya mencurahkan apa yg difikirkan dlm bentuk tulisan, insya-Allah pastinya dia akan menjadi anak yang hebat
sy pun bnyk undangan kenduri-kendara, tp hanya beberapa shj yg mampu dilawati memandgkn tempat dr satu perkhwnn ke perkahwinan yg lain agak jauh..
bro nak tanya, universiti mana? hehe mn tau blh jalinkan usahahasama penyelidikan..:)
August 26, 2008 at 11:58 pm
hahha!!
sangat comel la ur son,bro!
ngee..
mmg la ayat tunggang langgang,
but ok la tu..
budak2 lg kan..
imaginasi kartun betul
August 27, 2008 at 4:03 am