Just another "Green" weblog from An NAFis family – The Shiny Happy People

The big pictures: traditional games…

3056491344_e895287c59_o

p1013252

p1013251

Assalamualaikum & Salam Sejahtera…

Rasanya semua orang tahu permainan di-atas adalah sejenis permainan tradisi. Cuma baru2 ini ianya disabitkan dengan sebuah cerita seram, tapi sebelumnya Congkak hanyalah satu nama untuk permainan tradisi. Dan gambar tersebut sengaja di “monochrome” kan untuk menyelamatkan gambar tersebut dari dibuang begitu saja, memang bukan “exposure” yang bagus dalam “colours”.

Congkak adalah permainan tradisi yang aku rasakan masih dipelihara sampai kesaat ini. Papan congkak pun senang diperolehi dimana2, dan papan tersebut aku beli semasa berhenti sekejap untuk rehat2 di sebuah bazar di tepi Sg. Perak semasa di Kuala Kangsar. Dan sekarang ianya antara permainan anak2 aku semasa lapang sebelum mereka mulai bosan dengan permainan tersebut. Popularnya permainan congkak ini sehingga ianya merupakan antara permainan yang turut dipertandingkan sewaktu sukan antara staff IPTA.

Tapi pendapat aku menghakimi sukan congkak ini memerlukan pemerhatian yang teliti oleh pihak juri kerana kurasakan amat mudah bagi para memain untuk menipu atau “kecoh” dengan buah2 congkak yang berada di dalam tangan. Mungkin CCTV dapan digunakan sekiranya terdapat penipuan berlaku. Bermain pada peringkat kampung mungkin masih okay, tapi kalau diperingkat nasional integriti perlu dijaga.

Menulis berkaitan congkak ini membuat aku untuk turut mengenang kembali beberapa permainan lain yang aku terut serta bermain sewaktu kecil dulu. Maklumlah berasal dari kampung jadi permainan budak2 kampung lah sebati dengan aku. Tiada Playstation, Computer Games serta permainan2 canggih seperti budak2 sekarang. “Board Games” yang mahal2 (pada waktu itu) seperti Monopoly, Scrabble, Uno dan sebagainya apatah lagi. Budak2 & ibubapa sekarang pastinya merasakan permainan budak2 kampung dulu2 memang tak membina minda dan keintellectualan.

Namun aku masih ingat ( I still remember) kerana dahulu ianya merupakan sebahagian dari aku…

I still remember :

bermain “zero point” bersama2 budak2 perempuan sewaktu rehat disekolah dan sering dikutuk oleh rakan2 lelaki…

bermain “polis sentri” ..berkejaran2 sehingga berpeluh2..mengelilingi kawasan sekolah…sekadar persiapan melarikan diri setiap kali “misi” datang untuk menyuntik kami..

bermain “baling selipar” dan “tuju tin/pot”..dibawah rumah kadang2 sambil berkaki ayam…

bermain “senapang benbam”...pada waktu petang selepas mengaji…membuat senapang sendiri dari kayu dan peluru adalah dari batang benbam…agak merbahaya jugak permainan ini…

bermain “guli”…memang banyak koleksi guli aku pada masa itu…dan aku masih tercari2 rasionalnya..mengetuk2 2 guli bersama sebelum guli tersebut dibaling…

bermain ” laga biji getah”..dimana 2 biji getah dilagakan bersama, yang pecah akan kalah…so kalau kerumah saudara yang ada kebun getah, bijinya lah yang dikumpulkan..

bermain “ikan laga” atau “ikan karen” (kata orang kedah”…kawan2 aku ada yang sanggup masuk kehutan nipah untuk mencari ikan2 tersebut…

juga disekolah pada waktu itu ada permainan dimana lidi2 yang diperbuatdari plastik di gengam, dilepaskan agar bertindih antara satu sama lain dan lidi itu diangkat satu persatu, tapi haruskan lidi yang lain tidak bergerak.. anda mungkin boleh memberitahu saya permainan tersebut..

bermain card...card2 yang diatas nya terdapat gambar2 kapalterbang, kapal perang, motosikal dan sebagainya dimana dibelakangnya terdapat spesifikasi untuk produk2 tersebut…mana yang tinggi akan menang..haha

bermain “tikam-tikam”…rasanya satu bertuk perjudian ini…tapi yelah zaman jahil waktu tu..papan tikam digantung di kedai2 juga pada pokok2, bayar duit cabut kertas dan tengok samaada menang…ish2

juga sukan2 yang biasa seperti sekarang bola & badminton, takraw dan sebagainya serta permainan yang bersifat nasional seperti gasing , wau ( wau “kemetek” aku boleh buat..hehe) dan sebagainya..

Mungkin juga dari aku memperingati permainan2 ini tanpa sebarang faedah, elok rasanya aku buat buku bergambar mengenainya…apa pendapat anda?

Dan mungkin anda juga mempunyai pengalaman2 seperti..let’s share it..

10 Responses

  1. salam…serius ker nak wat buku bergambar? nak join bole..eheheh. Memang menarik kan..most of traditional games tu sy pernah gak main…plus gak mario d brothers, monopoly, sahibba…sapu abis. Bab main2 memang bole tahan…ahahaha

    December 26, 2008 at 1:57 pm

  2. fizz

    Salam Bro,

    Hari nie sy tiada mood bekerja, seme org bercuti..huhu :( ..

    Congkak termasuk eks dalam sukan antara staf, saya tak tau pun..hehe :) tahun lepas sy masuk sukan staf yg diadakan di Unimap, waktu tue xkenal Bro lg, kalau tak blh jumpa Bro & family :D

    sy paling rindu nk main polis sentri..:)

    December 26, 2008 at 4:15 pm

  3. salam..bole, InsyaAllah next year akan pulang lagi..bole kita mengeteh

    December 26, 2008 at 5:04 pm

  4. huh
    dulu champion main congkak!
    yeap talking about permainan tradisi, semakin dilupakan… kanak2 sering dimomokkan dengan mainan2 berteknologi tinggi! tak leh lupa lah main zero point dulu!!! laki pompuan semua main balun jek…
    hmmm
    cepatnya masa berlalu! nice entry bro!

    December 26, 2008 at 8:22 pm

  5. jejakalkindi

    >>>arsaili

    ok jugak kalau nak join…nanti kita plan what topic to choose..

    December 28, 2008 at 3:15 pm

  6. jejakalkindi

    >>>Fizz
    rasanyalah..sekali ngan indoor games yang lain kan cam dam, catur..

    yelah, waktu tu tak kenal, next time kalau datang lagi bagitau..

    December 28, 2008 at 3:16 pm

  7. jejakalkindi

    >>>arsaili lagi
    orait..next time balik m’sia..make sure bagitau..

    December 28, 2008 at 3:18 pm

  8. jejakalkindi

    >>>Zafi
    wah…champion tu, lain kali kita cuba main sama…zafi tolong2 promote2 kat overseas nanti..ok

    December 28, 2008 at 3:20 pm

  9. Oh tidak. Semua pengalaman zaman kecik2 tu saya alami jugak! Hehe. Memang budak2 zaman sekarang ada yang rugi sebab ada banyak permainan tradisional yang diorang tak tahu nak main. Adeh. Rugi sungguh =p

    *seronok pulak baca entri ni. Sengih sorang je saya kat depan laptop ni. huhu.

    January 1, 2009 at 4:06 am

  10. jejakalkindi

    >>>Sarah
    eh..sarah pun main jugak ke..ingatkan tak join main2 camni..hehe..betullah pengalaman tu kan.. bukan orang lain le, yang kat rumah ni pun dah tak main permainan camtu…

    January 7, 2009 at 9:38 am

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.