Selingan….this one goes out to the one I love..
Assalamualaikum & Salam Sejahtera…
apabila kebosanan kadang2 menjelma…melihat gambar yang menarik pastinya merupakan terapi yang bagus..
Lebih2 lagi menatap wajah wajah yang dekat dihati..
Jadi untuk selingan kali ini ..sila klik pada gambar dibawah untuk pautan seterusnya..
I hope you’ll enjoy it, just like I do..
Gambar Tema…
Assalamualaikum & Salam Sejahtera…

Aku baru perasan, sejak aku berkecimpung dalam hobi mengambil gambar nie..tak banyak aku tangkap gambaq2 aku sendiri. Tak juga ramai yang mengofferkan diri untuk menangkap gambaq aku. Mungkin aku tak cukup “fotogenik” untuk mereka menangkap gambaq aku ataupun aku terlalu sibuk mengambil gambaq orang hingga mereka tak dapat mengambil gambaq aku?..heh..
Ada juga beberapa gambar yang aku tangkap sendiri menggunakan tripod lebih2 lagi gambar bersama keluarga. Itu senang sebab ahli keluarga sendiri tapi kalau diluar tak kan aku nak setup tripod juga untuk mengambil gambar sendiri kan . Namun ada juga yang insan2 yang “offer” kan diri untuk mengambil gambar aku menggunakan kamera aku tapi kenalah bagi tutorial terlebih dahulu. Thanks anyway!,.. jadi dapatlah juga sekeping dua…kira okaylah
Namun aku cukup suka ambil gambar sendiri depan cermin seperti gambar diatas. Mungkin akan jadi gaya tema aku dari masa ke semasa. saja tak mau expose lebih2 juga..biar badan dan kamera aje yang nampak..hehe..Inilah agaknya kesusahan menjadi tukang tangkap gambaq solo. Kalau ada team tu bolehlah ambil gambaq antara satu sama lain…. kena aktif dalam mana2 team jugak ni, takkan selama-lamanya nak solo je kan…
ok..chow dulu…salam mesra..
My Garmin..
“Kiranya kita ada GPS untuk menbantu kita dijalanraya, kita juga ada “Navigation system” untuk kehidupan kita didunia iaitu “Al-Quran dan Sunnah Rasullullah S.A.W”
Assalamualaikum & Salam Sejahtera…
Ingat dah tak mau gadget baru lagi dalam masa terdekat ini tapi apa boleh buat insan marhain, kekadang tergerak juga hati untuk mencuba sesuatu yang baru..

Memperkenalkan Garmin Nuvi GPS (Global Positioning Systems), alatan “Map Navigation” yang berfungsi untuk menunjukkan laluan ke sesuatu tempat yang ingin ditujui. Selepas menggunakannya setakat ini aku dapati ianya amat berguna sekali, panduan yang diberikan begitu jelas dan jitu sekali lebih2 lagi bila menuju ke destinasi yang belum penah ditujui atau jarang dikunjungi. Memang banyak jenama GPS yang terdapat di pasaran pada masa ini dan harganya pun berpatutan. Bagaimanapun pemilihan produk yang betul harus dititik beratkan bagi memastikan apa yang dilaburkan adalah “value for money”. Yang penting bagi sesuatu “navigation system” seperti ini adalah ketepatan petanya, oleh itu peta mestilah di “update” selalu dari masa ke semasa..

Selain Garmin ada beberapa lagi jenama yang popular diseluruh dunia seperti Magellan ataupun TOMTOM. Yang bagusnya navigation system seperti ini ialah kerana kita dapat mencari arah kesesuatu tempat dengan hanya memasukkan alamat tempat tersebut. Selain itu ianya dapat memberikan maklumat lain seperti tempat2 menarik disekitarnya, tempat makan, stesen minyak, masjid, sekolah, kedai2, tandas etc. Rasanya sesiapa yang selalu memandu “outstation” harus mempunyai alat ini. Bukan hanya kegunaannya semasa pemanduan kereta tetapi juga bagi pejalan kaki serta penunggang basikal. Bagi mereka yang meminati aktiviti outdoor seperti “jungle tracking” ataupun basikal lasak memang berguna sekali. Ianya dapat menunjukkan “terrain” yang dilalui.
Haha!..macam promosi pula..tidak, sekadar ingin berkonsi maklumat tentang sesuatu benda yang kadang2 tidak rugi kita mencubanya. Sesuatu yang berguna tidak salah menggunakannya asalkan ianya membantu kehidupan kita. Bak kata Tan Sri Tajudin Ramli kepada kami staff Celcom sewaktu waktudahulu..”Even most advanced technology is useless otherwise it can make our life easier.
Jadi, bagi aku..lepas ni senanglah nak meredah kemana pun kenduri kahwin…bagi alamat je..InsyaAllah tak sesat lagi…walaupun kat Thailand, Europe, Australia, US..semuanya ada dalam Garmin aku..
Dan akhir sekali, sesat dijalan raya masih tahu arah tujunya, tapi jika sesat haluan dalam kehidupan cepat2 mencari jalan pulang. Kiranya kita ada GPS untuk menbantu kita dijalanraya, kita juga ada “Navigation system” untuk kehidupan kita di dunia iaitu “Al-Quran dan Sunnah Rasullullah S.A.W”
Aku juga semakin aktif dalam bidang fotografi. Kunjungilah juga “photo blog” aku di “no frills photography”











Recent Comments