Personaliti Bulan Ini..
Assalamualaikum & Salam Sejahtera..
Dahulu
Sekarang
Makanya hari ini, 3 Julai genaplah usia kelahiran beliau yang kedua. Semoga beliau terus ceria dan membesar dengan sihat dan terus menjadi terapi kepada ibu & ayah. Beliau yang aku maksudkan adalah Muhammad Anaqi Najhan. Alhamdulillah aku sekeluarga dapat melihat perkembangannya di depan mata kami dan semoga kami terus diperuntukkan masa oleh Allah SWT untuk terus membimbing nya.
Baiklah, sekadar ingin berkongsi serba-sedikit tentang dirinya..
Nama Manja: Adik Jihan, Ojihani..
Makanan kegemaran: Mushroom Soup & Garlic Bread, Buah2an, Sayur2an, Chocolate..
Buah kegemaran: Buah Naga, Mempelam..
Sayuran kegemaran: Kekacang
Minuman kegemaran: susu sustagen & lelo (Milo)
Hobi: Berenang, Siram pokok bunga, bergambar, menonton slideshow diri-sendiri…
Perkataan popular: Mommy, Diddy, Chor, Nganga, abang, Susu..
Lagu kegemaran : Yuna (sebenarnya), Shater shater (Nancy Ajram)..
Pasukan Bolasepak Kegemaran : The Reds
Selingan….this one goes out to the one I love..
Assalamualaikum & Salam Sejahtera…
apabila kebosanan kadang2 menjelma…melihat gambar yang menarik pastinya merupakan terapi yang bagus..
Lebih2 lagi menatap wajah wajah yang dekat dihati..
Jadi untuk selingan kali ini ..sila klik pada gambar dibawah untuk pautan seterusnya..
I hope you’ll enjoy it, just like I do..
Short Update : Mock-up B’day Party Lagi…
Assalamualaikum & Salam Sejahtera…
Sabtu lepas ada “mock-up” b’day party lagi buat kami sekeluarga…Kali ini untuk Nur Nabilah@Kak Long@Chor pulak…Yang hari lahir sebetulnya adalah pada 1 April.. “April Fool?”.. itulah antara yang diperkatakan kepada kami sewaktu aku memberitahu tentang kelahiran anak sulung kami itu kepada rakan2 ku & rakan2 isteriku pada masa itu 1997..diorang tak nak percaya pulak..ish!..tapi kenangan semuanya tu..
Dan kenapa harus ada “mock-up”, aku sudah memperjelaskannya…tak suka kek yang dibeli dibiarkan kosong…mesti ditulis sesuatu…dan bukan hanya b’day termasuklah “selamat hari raya, maulidur rasul, selamat tahun baru, awal muharram etc” berdasarkan pada tarikh semasa..
Dah 12 tahun, tak sangka…betapa cepat masa berlalu..namun syukur Alhamdullilah, diatas rezeki yang dikurniakan…






Ulang Tahun Hari Lahir Lagi…
Assalamualaikum & Salam Sejahtera…
Episod sambutan ulang tahun kelahiran bagi keluarga kami setiap tahun dimulai oleh isteri aku. Bukan nak raikan sangat pun tetapi sekadar pengisian aktiviti keluarga lebih2 lagi anak2. Tak kiralah sama ada hari lahir aku ataupun isteri aku yang pastinya yang paling gembira bukannya kami tetapi mereka kanak2 itu. Mereka tak sedar yang diraikan adalah usia makin meningkat dan perjalanan hidup yang makin singkat. Tapi tak salah meraikannya lebih2 lagi kiranya dapat mengenang kembali perjalanan yang telah ditempuhi yang apa yang telah dicapai. Baik rasanya sebagai muhasabah diri tentang bekalan2 yang telah disediakan untuk kehidupan yang kekal abadi disana nanti. Apa2 yang kurang, cepat2lah dicari..
Dan seperti biasalah, kalau bab2 kek harijadi dan sambutannya..kami memang tak pernah miss…siap ada “mock-up”, rehersal ataupun raptai.. mana taknya, selalunya kalau beli kek diorang mesti nak tulis apa2 kat kek tu…paling senang tulis selamat hari jadilah…so jadinya macam celebrate terlebih awal pulak hari jadi tu…sampai waktu yang betul, kek lagi, celebrate lagi..hahaha..
So untuk b’day mommy nya, ada mock-up juga…
sebulan sebelum itu..

Yang kelakarnya “mommy” dah di tulis “mami”..hehe..nasib baik mock-up b’day party je..yang ni yang sebetulnya 3 hari yang lepas..7 MAC..

Yang bestnya b’day celebration kali ni kat rumah parents aku..

Dan sebelum itu ada sedikit gambar isteri aku di pejabatnya…sebagai kenangan, kerana selepas ini beliau akan berpindah ke bilik asal beliau ditingkat 2..setelah tamat kontraknya sebagai pengerusi rancangan kursus2 universiti..
Dari gambar tersebut boleh diketahui yang beliau merupakan seorang yang komited dengan tugasnya..haha…Good Luck untuk projek seterusnya…
Untuk Beliau diucapkan “SELAMAT HARI LAHIR”...“Kau Lahir, Kau Hadir Dan Bererti”


Bestnya Bila Ada Krew Yang Rajin…
Assalamualaikum & salam sejahtera..
Kalau entri lalu memaparkan potrait keluarga bersama sofa tercinta..kali ini tiada lagi sofa tersebut. Keesokannya masing sibuk dengan mengecat rumah pulak. Enjoy juga aktiviti mengecat ini dilakukan sekeluarga..Untung kami suami isteri mempunyai krew2 yang rajin2..menjimatkan lagi ada, mana taknya cukup sekadar menyediakan makanan & minuman sebagai upah. Tapi lepas ini jangan pulak ada yang melapurkan kepada teledera yang kami mendera kanak2. Semuanya mereka melakukan segala sukarela..okay!..Sebagai rewardnya lepas ni kami yang kena mengecat dan menghias bilik mereka pulak.
Antara krew2 kami yang rajin…


Dan ini pulak..krew yang rajin menyibuk…

Dan inilah hasilnya selepas operasi selesai..dengan cat yang baru..okaylah kalau dikira kami yang amatur ini…mungkin tak secantik hasil kerja tangan Eric Leong..yang penting semua suka..macamana pun ianya rumah kami..home sweet home!..

Dan untuk weekend minggu tersebut..kami ada event pulak kat Kelab Cinta Sayang Sg. Petani..seperti biasalah semuanya terpaksa dibawa sekali..Dan dua orang budak lelaki tersebut harus diawasi…takut menrosakkan apa2 harta yang bukan milik kami..Tak sempat kemana2 sewaktu kesana, mereka berada dibilik sahaja..Tak sempat ke Carnival Theme Park juga walaupun hampir sangat dengan tempat kami menginap..masa begitu suntuk..




One family with an old sofa
Assalamualaikum & Salam Sejahtera..
Photo kali ini bersempena hari terakhir kami bersama sofa kesayangan kami yang begitu berjasa sekali selama ini. Dia lah telah kami melepaskan penat dan kadang2 menjadi tempat “landing” kami yang cukup empuk, setiap kali kepenatan selepas pulang dari bekerja atau sekolah.
Walaupun kami nampaknya seperti ceria2 saja namun jauh disudut hati ada perasaan sedih, maklumlah lah ianya telah bersama kami lebih dari 4 tahun. Lebih2 lagi apabila keesokannya kami dapati ianya tersorok disudut kedai berbalutkan plastik. Agak sentimental? Rasaya iye…walaupun ianya bukanlah benda bernyawa tapi apabila menjadi sebahagian dari keluarga kita sedikit sebanyak perasaan sayang & sentimental itu pasti ada.
Nak kata sofa tersebut telah rosak? tidak juga…jadi kenapa harus ditukar? Agaknya kelemahan kami yang mudah bosan dengan persekitaran yang sama pada jangkamasa yang agak lama..Jadi bagi menaikkan kembali “mood” kami jadi sedikit pembaharuan haruslah dilakukan. Bukan hanya sofa tapi cat dalaman rumah juga telah ditukar. Sebab lain, sofa tersebut mempunyai tempat sandar yang boleh dilaras. Makanya, kalau duduk je kat situ pasti rasa nak tidur, perasaan malas akan datang. Memandangkan tahun ini agak kritikal bagi kami, sesuatu yang lebih praktikal telah di ganti.
Tapi mengenangkan kembali tentang kenangan bersamanya, memang begitu sentimantal…


Anaqi, two bicycles and a flash..
Assalamualaikum & Salam Sejahtera..
Sebenarnya aku tiada apa yang hendak diceritakan kali ini, cuma sekadar ingin mengemas kini laman ini dari terus terbiar. Dan untuk itu aku hanya ingin memasukkan beberapa gambar sebagai kenangan dihari kemudian, lebih2 lagi buat anak2 ku apabila mereka dewasa nanti.
Dan gambar2 ini adalah gambar2 yang aku sempat ambil tidak berapa lama dahulu. Kebetulan pula pada waktu itu Anaqi mendapat basikal nya yang pertama & kedua dan aku pula baru saja mendapatkan untuk ku sebuah “camera’s flash” untuk Oly ku. Jadi gambar2 tersebut adalah gambar2 awal yang diambil menggunakan “camera with external flash”. Seperti biasa tiada yang boleh dibanggakan, sekadar untuk kepuasan diri.
Dan settingnya ku letakkan pada “TTL Auto”, dimana mengikut manualnya..”the flash will be adjusted based on the brightness taken through the camera’s lens”. Dalam ayat yang mudah kekuatan “flash” di kawal secara elektronik berdasarkan kecerahan semasa. .Secara jujurnya, dalam bidang fotografi ini bukan kehebatan mengambil gambar yang aku dambakan tetapi lebih kepada kamera itu sendiri dan macamana ianya berfungsi. Sekiranya aku dapat merakam gambar2 yang menarik ianya tak lebih dari bonus buatku.
Adalah menjadi impianku agar aku dapat mempelajari rahsia disebalik setiap “gear” kebanggaan jurugambar ini sekurangnya pengetahuan ini dapat dikongsikan bersama. Oleh sebab itulah aku lebih senang melabelkan diriku sebagai “imaging engineer” daripada “photographer”. Dan ianya kurasakan lebih bersesuaian, lagipun “imaging” ini bukanlah sesuatu yang baru bagiku. Aku bermula dengan Sony TV, makanya “Hue, Saturation, RGB dan sebagainya bukan lah sesuatu yang baru. Namun setelah segalanya ditinggalkan aku seolah2 ingin merungkai kembali segalanya.
Seperti contoh diatas “TTL Auto”. Dalam elektronik TTL adalah “short form” untuk “transistor transistor logic” salah satu terma dalam “Digital Electronic”. Ingin tahu lebih lanjut? InsyaAllah kita akan menerokainya bersama-sama lebih2 lagi ilmu tinggalan Ibn Al-Haytam didalam2 entri seterusnya dari masa ke semasa. Aku semestinya lebih berminat dengan “SNR” (signal to noise ratio), “Dynamic Range’, Chromatic Dispersion etc. lebih dari composition, cropping, editing etc.
nampak begitu membosankan entri kali ini…haha!..maaf kerana itu..
Semoga bertemu lagi…jangan hanya melihat pada sesuatu gambar, tapi cerita disebalik gambar”








I hate this song…
I hate this song coz it can make me cry and my daughter to cry…
And my daughter, she came to me right after the the class with tears in her eyes..I asked her what happaned?.. and she said that their music teacher just sing them a song called anak (malay version directly converted from tagalog)..at first only the girls cried but later on the boys also cried…and the teacher just said, baguslah tu,…itu menunjukkan hati kamu lembut..I guess the teacher is right…
And she started to sing the song and later said that “daddy tak sedih pun”…secara berseloroh aku berkata daddy sedih kalau dengar lagu “ayat2 cinta”..hehe
but deep inside, like the lyric says “child you don’t know, you’ll never know”, when I’m thinking about my parents and my children it can make me cry, that’s show how much I love them…
lagu ini betul2 menginsafkan…lastly enjoy the song..love you parents, love you children..
Kelmarin 7 tahun yang lalu
Kelmarin 7 tahun yang lalu tanggal 7 September 2001 lahirlah putera pertama kami selepas dikurniakan 2 orang puteri. Masihku ingat lagi kelahiran pada waktu tengahari pada hari tersebut betul2 menambahkan keceriaan kehidupan kami yang ingatkan seorang “hero” dan “teruna” , lebih2 lagi diriku yang inginkan seorang “teman lelaki” disamping heroin yang sememangnya begitu manja sekali…
Gambar passport Aniq sewaktu vacation kami pada tahun 2002 – 6 tahun yang lalu
Aniq 5 tahun yang lalu
Aniq 4 tahun yang lalu
Aniq 2 tahun yang lalu
…dan dia juga bercita2 untuk menjadi arkitek yang terkenal seperti Sinan dan Hijaz Kasturi kerana amat suka melukis..semoga niatnya dimakbul Allah suatu hari nanti…
..juga merupakan seorang abang yang penyayang..
“Kasih ibu membawa ke syurga,
Kasih ayah berpisah tiada,
Kasih abang bersama suka dan duka”
“SELAMAT HARI LAHIR KE-7 BUAT MUHAMMAD ANIQ NABIHAN”
Anaqi in action
Berlari, jatuh, bangun, berlari lagi, jatuh kembali tapi pastikan untuk terus bangun semula…& Anaqi semestinya tahu itu…semoga dia terus berlari dan berlari…..sehingga ke destinasi
Dan jangan dilupakan “abang” sebagai pemberi semangat
Selingan: Aniq Nabihan & Cerita Ultraman
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Pertamanya, maaf kerana entri sebelum ini mempunyai masalah pada ruang komen. Ada diantara komen2 yang ditinggalkan mengambil masa yang begitu lama untuk “appear’, jadi terdapat kawan2 yang terpaksa meninggalkan beberapa komen dan ianya masih tidak kelihatan; hingga komen saya sendiri pun tidak kelihatan. Ianya agak pelik dan sukar ditentukan sebab2nya mengapa ianya berlaku. Mungkin ini “sign” dari Blogspot agar saya berhenti berblog?..ntahlah..
Dan entri kali ini hanyalah sekadar selingan agar blog ini terus bernafas dan menwarnai “blogospehere”. Mungkin tiada lagi update atau idea penulisan yang mantap buat masa ini. Walaubagaimana pun pagi tadi saya dan isteri sempat menghadiri satu ceramah oleh speaker dari US Imam Mohamd Bashar Arafat & Afeefa Sayeed sempena Majlis Konvokesyen ke 3 universiti. Tajuknya adalah “ISLAM AND MUSLIMS IN THE UNITED STATES” dan kandungan nya agak memberangsangkan dan berkisar tentang “American Muslims”. Dan secara jujurnya kami amat menyukai forum sebegini yang disampaikan oleh penceramah antarabangsa disamping program2 ilmu oleh penceramah tempatan. Ianya memberi kelainan dari ceramah biasa dan membuka ruang minda yang lebih luas bukan hanyaberkisar kepada masyarakat tempatan.
Sebagai selingan saya akan menulis apa yang ditulis oleh anak lelaki pertama saya Muhammad Aniq Nabihan yang ditunjukkan kepada saya sewaktu makan tengahari tadi. Karangan nya sendiri tentang cerita “Ultraman”. Buat makluman, beliau adalah anak yang paling suka membaca dan paling awal boleh membaca. Dan cerita ini adalah imaginasi beliau.
Dan bagi menjaga etika kewartawanan, tulisan beliau tidak diolah kembali dan adalah terdapat kesilapan ejaan disana-sini!..maklumlah budak berumur 7 tahun…harap dapat dimaafkan.
Cerita 1: “Ultraman X”
Pada suatu hari pembunuh raksasa sedang mengulang kaji di seluruh dunia. Tiba – tiba ada seekor raksasa kumpulan itu menembak peluru itu. Ke arah rasasa itu. ultraman max ialah salah satu dari mereka. Salah satu dari mereka telah menjadi ultraman. ultraman itu baru bertukar tiba-tiba ia meletup secara autometic.
Cerita 2: “Ultraman mebius”
Pada suatu hari ada seorang guru. guru itu telah meninggal dunia. Pada waktu itu seekor raksasa hodoh dan bermata besar serta berhindung panjang. ada orang tua. tiba-tiba orang tua itu bertukar ultraman mebius. bersama-sama orang tua yang lain raksasa itu menang. ultraman kalah menjadi orang selama-lamanya.
Cerita 3: “Ultraman SeVen”
Pada suatu hari rumah Ben ditenggelami air banjir. Ben rasa sejuk sangat. tiba-tiba ia menjadi ais. Sekali rumahnya. ia Kemudian menjelma sebagai raksasa ais. ia akan jadikan orang beku. salah satu kumpulan mereka telah menjadi ultraman seven. ultraman itu terlalu pantas berlari oleh itu ia telah menjadi aiscrem.
Jadi itulah cerita selingan buat kali ini..kes2…boleh la walaupun tak sehebat “Ayat-ayat Cinta”
Nanti akan cuba masukkan kompilasi teka-teki budak2 pulak..walaupun jawapan ntah apa2 tapi ada jugak logiknya….
Dan minggu hadapan kami akan bercuti seminggu sempena cuti sekolah & University mid-sem break..ada kenduri-kendara yang harus dihadiri..kepada semua yang baru atau akan melangsungkan perkahwinan..Tahniah! diucapkan..
Setahun Yang Lalu
Kali pertama melihat dunia
Dan kelahiran ini sememangnya menjadi pelengkap kepada kehidupan kami yang sememangnya ingin kan dua pasang anak, 2 lelaki & 2 perempuan. Dan memandangkan jarak kelahirannya yang agak jauh berbanding abangnya sebelum ini, jadi misi utamanya pada usia mudanya adalah sebagai penghibur kami sekeluarga.
Dan masih ku ingat kelahirannya juga penuh dengan suasana yang mendebarkan dimana di waktu lahirnya beliau berada dalam keadaan hampir lemas namun Allah SWT telah menyelamatkannya dan dapat melalui saat2 kritikal tersebut. Mengikut perkiraan beliau seharusnya lahir pada 7/7/07 namun pergerakannya menjadi kurang aktif sebelum tarikh itu dan kami tidak mahu mengambil risiko dan terus memasukkan ibunya ke wad pada pagi 3 Julai 2007 dan pada petangnya lahirlah dia ke dunia.
Maka pada hari ini genaplah usia nya setahun dan terus menceriakan hidup kami. Beliau yang aku maksudkan adalah Muhammad Anaqi Najhan. Mengikut buku nama Anaqi bermaksud “Keindahan ku yang menawan hati” dan Najhan diberi oleh Maklong Aisyah pensyarah bahasa Arab (rakan sekerja isteriku, juga cikgu bahasa arab peribadi anak2ku) yang bermaksud “Sangat Berjaya”. Semoga maksud namanya akan menjadi doa buatnya. Amin!
Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Buat Kami


Patutnya hendak dimasukkan gambar perkahwinan sempena “wedding anniversary” nie..tapi cari punya cari, rupanya gambar2 tersebut berada dikampung. Sudahnya letak ajelah gambar awal2 pertemuan dulu. Kena scan pulak (sebab bukan digital), akhirnya gambar jadi kecik dan rasa macam tak nampak apa2..huh..leceh betul la..klik ajelah untuk sedikit besar…gambar yang fotogenik dah jadi fotogedik..kes2
Namun cerita yang sebelumnya mungkin ada kaitan bagi yang belum melayarinya…
Happy Birthday…my dear wife
Day in Monochrome (Black & White)
Love Story
I don’t have new story to tell you at this moment. And this video I got it from a friend sometimes ago. Some of you might already watched them, and this could be just a replay.
It is not the video that is important, but rather the story of how love can be so tragic. If you think that you have a bad love story, this is even worst….




























Recent Comments