An- NAFis…The Shiny Happy People

August 24, 2009

Salam Ramadhan 1430H..

Filed under: Uncategorized — jejakalkindi @ 2:21 pm

ramadhan

Gambar Hiasan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Pijam celik..pejam celik..Ramadhan kini tiba lagi. Ramadhan satu bulan mulia kurniaan Allah SWT kepada umat Muhammad SAW. Dikesempatan ini aku ingin memohon meminta maaf zahir & batin dari kalian2 semua, ..sebelum aku meneruskan kehidupan di sepanjang Ramadhan ini. Aku berdoa agar aku dan kalian semua dapat menempuh bulan yang mulia ini dengan penuh lancar dan semoga amal ibadat kita disepanjang bulan ini mendapat keredhaannya..

Setakat ini aku merasakan urusan ibadat ku seperti di permudahkan oleh Allah SWT..syukur Alhamdulillah..hujan rahmat yang turun menyejukkan persekitaran yang sebelumnya panas membara, kesihatan yang baik, nasib yang selalu menyebelahi setiap kali mendapatkan parking masjid ketika bila bersolat terawih, juga belum terlepas untuk bersahur adalah diantaranya…semuanya aku rasakan adalah satu kurniaan dariNya pada Ramadhan ini..

Tidak juga banyak perubahan pada Ramadhan kali..ala kadar seperti sebelumnya. Tapi perubahan kali ini mungkin kami akan kurang berkunjung ke bazaar Ramadhan untuk membeli juadah berbuka…untuk Ramadhan ini rasanya  kami lebih suka untuk memasak sendiri dari membeli..mungkin wabak selsema babi yang melanda mehilangkan rasa selera memjamah makanan yang dibeli..so kuranglah sedikit rezeki yang dapat kami kongsikan bersama peniaga2 bazaar Ramadhan seperti sebelumnya..

Akhir sekali selamat menjalani ibadah puasa untuk semua….

July 16, 2009

Selamat Datang & Selamat Belajar…

Filed under: Uncategorized — jejakalkindi @ 11:42 am

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

P1017456_2

1. Entri kali ini ditujukan kepada pelajar2 aku lebih2 mereka yang dibawah jagaan aku untuk program “Rakan Pendamping Siswa (RPS). Selamat datang ke RPS En. Fisol. Mereka seperti Shafiq, Aryani, Mastura juga yang sedia ada Arishusaini, Azyan & Fariza datang dengan niat jihad untuk menuntut ilmu & menjadi insan berguna kepada agama, bangsa & negara. Semoga dipermudahkan oleh Allah SWT diatas segala urusan.

2. Juga mereka yang dibawah seliaanku untuk semestral projek Syed & Jannah, semoga projek kita “light intensity measurement and intelligent camera flash” serta “Greenhouse control systems” berjalan dengan lancar dan berjaya.

3. Aku tidak pandai untuk memberikan motivasi kepada mereka2 ini kerana rasanya telah banyak orang lain yang lebih layak telah memberikan motivasi kepada mereka sebelum ini. Dan mungkin juga apa yang boleh dinasihatkan adalah perkara2 yang berkisar tentang persoalan yang sama. Aku pasti mereka semua tahu apa yang patut dilakukan sewaktu berada di menara gading. Membicarakan perkara yang sama mungkin hanya menambahkan kebosanan.

4. Dan sekiranya aku memberi nasihat pun selepas ini ianya secara tidak langsung adalah buat diri aku sendiri..bak kata MJ..”it has to start with me, man in the mirror”..aku setuju.

5. Jadual bagi semester ini juga agak penuh..

myschedule6. Namun diharapkan aku masih ada masa untuk “photography” juga “EPL”..hehe

7. Untuk semua ucapan ini datang lagi “You’ll never walk alone”.

July 10, 2009

MJ…Endurance

Filed under: Uncategorized — jejakalkindi @ 3:49 pm

Assalamualaikum & Salam Sejahtera…

1.   Rasanya tak lengkap kalau tak tulis sikit2 tentang MJ..Michael Jackson atau Mikhail Jackson..aku pun tak sure which one.

2.  Aku rasa musiknya best..rasanya ramai yang boleh masuk dengan lagu2nya..pendapat aku juga lagunya sesuai untuk semua golongan, tak kira genre mana..musiknya berada ditengah2 antara genre2 musik yang lain..rock,pop, alternatif RnB dll…MJ dah create “niche” nya yang tersendiri. Sebab itu dia berjaya..that’s lesson no.one – create your own niche or speciality.

3. Aku tengok dia juga seorang yang hardworking..that’s lesson no. two – hardwork. Sebab nak keluarkan album yang baik bukanlah sesuatu yang mudah (cheh..macamlah aku pernah buat album..hehe). Mungkin mengambil masa bertahun2, rasanya itu yang MJ buat,  sebab album tak banyak tapi sekali keluar..terus “hits”..itulah agaknya yang dikatakan untuk cemerlang kena buat preparation dulu..lesson no. 3 – preparation.

4. Dan yang paling aku “impress” dengan MJ ialah dia punya “Endurance” – that’s lesson no. 4. ..bermula dari umur 4 tahun sehingga 5o..adalah satu jangka masa yang agak lama….dan artis sepertinya aku rasa bukan setakat buat album je…roadshow, worldtour, latihan lagi dan ia berterusan selama puluhan tahun tanpa rasa jemu..aku yang jadi jurutera & mengajar ni pun kadang2 boleh jadi bosan. Tapi ya-lah dah jadi kerjaya nak buat macammana kan, apa pun yang terjadi terpaksalah ditempuhi.. dan sememangnya beliau mempunyai “Passion” dalam bidang nyanyian sehingga dapat melakukan sedemikan.

5. Pengajaran dari kisah MJ ini aku rasa yang baik boleh aku jadikan panduan..lebih2 lagi point2 yang aku sebutkan diatas..lebih2 lagi “Endurance”..memang sangat2 diperlukan..


« Newer PostsOlder Posts »

Blog at WordPress.com.