Just another "Green" weblog from An NAFis family – The Shiny Happy People

‘You’re what you drive”

Assalamualaikum & Salam Sejahtera….


1.  Rasanya aku seorang yang “into” alam permotoran. Tapi tidak lebih dari seorang peminat dan bukannya “racing driver” walaupun kekadang aku pernah memandu pada kadar 150 km/jam dengan jentera sekadar 94 hp. Dan kerana minat juga aku tidak terlepas untuk membeli majalah “Top Gear” setiap bulan.

2.  Dan kerana minat juga aku sering melayari laman-laman web berkaitan sekiranya berkelapangan. Dan sering kali juga aku mendapati kereta nasional negara (P1 & P2) sering dijadikan bahan kutukan oleh para “bashers” yang sememangnya anti P1 & P2.

3.  Tapi mereka “mungkin” layak menghentam apa saja kerena mereka mampu memiliki jenama “import” atau mereka mungkin juga “kecewa” kerana bekerja keras saban hari untuk memiliki kereta “import” namun masih gagal mendapat apa yang diingini.

4.   Memiliki jenama kereta “import” memang suatu kebanggaan kepada kebanyakan orang. “You are what you drive”, ada gaya, kelas tersendiri, berkeyakinan, status tinggi etc. – they are probably right. But is it so?, to me “driving pleasure is on the hand of the driver”.

5.   How do you define a good car? Aku bukannya yang layak untuk mendefinasikannya namun pada aku insan marhain “good car” tak semestinya mahal dan penuh dengan “electronic gadget”. Cukup dengan ride dan handling yang bagus, sharp and precise cornering, superb braking distance, ruggedly built, fuel efficient, responsive engine plus sleek and beautiful in design as a bonus. Dan tak semua “electronic gadgets” adalah kemestian melainkan sesuatu “feature” yang dapat menambahkan keseronokan memandu dan keselamatan. ABS, EBD dan Airbag sepatutnya adalah sesuatu yang “standard” untuk sesebuah kereta dan aku gembira P1 dan P2 menyedarinya. Traction Control juga sebagai bonus dalam persekitaran Malaysia yang bercuaca panas dan lembab.

6. Dan aku juga amat mementingkan “originality” dalam sesuatu kereta dan aku gembira mendapati P1 sekarang telah mempunyai DNA nya yang tersendiri.  Dan aku juga tahu setiap kereta menpunyai kelasnya yang tersendiri, samaada untuk daily commuting, hot hatch, atau supercar. Aku kagum dengan kreativiti rakyat Malaysia yang boleh mengubah dari ordinary car kepada hot hatch atau supercar. Kagum macammana mereka boleh blend excessive weight dari big tyres, huge rims, big exzos dengan ordinary brakes and suspension yet maintain their fuel efficiency.

7.   Dan yang paling aku berbangga kerana ada sebahagian rakyat malaysia yang boleh di kategorikan sebagai “good citizen” kerana berkereta jenama import yang cukainya (import + excise) mungkin melebihi 20 – 50 peratus dari kereta nasional (agak2 je, kena check dengan MITI for details). Bayangkan mereka menyalurkan 20 – 50 peratus dari harga kereta kepada kerajaan, di tambah pula dengan beberapa peratus kepada bank dalam bentuk “interest” kepada Bank2. That’s why I said that they are a good citizen.

8. Dan atas dasar itu kerena jenama import agak kurang sesuai kepada aku coz I’m looking for “Value for money” dan “Less taxes” dan ianya membuatkan aku sebagai “not a good citizen”. However I dream of Lotus Evora .

9.   Hehe..you all mungkin berkata ” tak mampu cakap ajelah tak mampu, banyak pulak alasannya”…betul lah tu…’You’re what you drive” then in my case – Red P1 nasional car with 1.3 engine lad  = peminat the red yang memandu kereta tempatan dengan gaji di bawah rm5000…hehe…but at least I’ve a sense of patriotism! .

Advertisements

5 responses

  1. Salam Bro Fisol,

    Saya ni kalau bab-bab kereta, memang gagal la, tahu bawak je, yang lain-lain tu..hmmm mmg xblh diharap 😀

    Saya kan baru je datang blog ni semalam, tapi pelik entri ni xde lagi, tapi kalau tengok tarikh dah 4 ogos, kemudian semalam datang masih lagi layout yang lama, hari ni…wah dah layout baru..

    Bro Fisol, saya nak tanya pasal GPS Garmin la, semalam saya dah search entri pasal Garmin tu, dah jumpa..hehe nak tanya harga dia berapa? Sebab saya nak beli, nanti nk pindah tempat baru, takut sesat…lepas tu boleh tak suggestkan kat saya nak beli kat mana…hehe 😀

    August 6, 2010 at 4:50 pm

  2. fizz

    Salam Bro Fisol,

    Saya ni kalau bab-bab kereta, memang gagal la, tahu bawak je, yang lain-lain tu..hmmm mmg xblh diharap 🙂

    Saya kan baru je datang blog ni semalam, tapi pelik entri ni xde lagi, tapi kalau tengok tarikh dah 4 ogos, kemudian semalam datang masih lagi layout yang lama, hari ni…wah dah layout baru..

    Bro Fisol, saya nak tanya pasal GPS Garmin la, semalam saya dah search entri pasal Garmin tu, dah jumpa..hehe nak tanya harga dia berapa? Sebab saya nak beli, nanti nk pindah tempat baru, takut sesat…lepas tu boleh tak suggestkan kat saya nak beli kat mana…hehe 😀

    August 6, 2010 at 4:55 pm

  3. setuju sangat aku pon ketegori not good citizen jugak ka pakai keta malaysia hehe less tax lagi bagus. pakai kereta import kalau baru jenuh tanggung hutang. kalau yang lama dapat bekas orang ja. anyway red P1 nombor plate kita sama 4010 hahaa

    August 12, 2010 at 3:23 pm

  4. salam ramadan bro dan selamat berpuasa…lama tak ke mari…yea pasal kete tu sejujurnya saya suka kereta honda atau toyota…cuma tidak mampu jer…..ehehe…so tak kisah kete apa…asal mampu milik jer

    August 18, 2010 at 8:43 pm

  5. wah.. gambar tu kat laman rumah ker? cantik nampak..siap ada landskap lagi..pasal kete tu sy pakai buatan malaysia jer..anyway..salam persahabatan..:)

    September 19, 2010 at 11:45 am

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s