Just another "Green" weblog from An NAFis family – The Shiny Happy People

Festivals

Aidil Adha 1429 H

Assalamualaikum & salam sejahtera…

Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat hari raya kurban kepada semua muslimin & muslimat sekelian. Kepada semua yang mengadakan korban pada aidil adha kali ini semoga pengorbanan yang kita jalankan mendapat rahmat dari Allah SWT. Sesungguhnya ibadat korban adalah satu ibadat yang digalakkan didalam islam sempena memperingingati pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail.

Aku sepatutnya mengadakan kenduri aqiqah untuk anak bongsu ku Muhammad Anaqi Najhan namun terpaksa ditangguhkan disaat akhir kerana kesuntukan masa. Sememangnya bulan Disember adalah bulan yang agak sibuk bagi kami sekeluarga. Apa aktiviti kami di bulan Disember ini Insya-Allah akan ku ceritakan pada entri yang seterusnya. Berkenaan Aqiqah untuk Anaqi Insya-Allah akan tetap dijalan kan juga kemudian, mengikut perancangan selepas kami sekeluarga pulang dari menunaikan Umrah pada April 2009. Lepas ni buat kambing golek pulak..tukar menu sikit..haha..

Namun aku sempat menghadiri kenduri aqiqah & juga tahlil yang dianjurkan oleh rakan2. Semalam saja terdapat beberapa majlis kenduri serta korban yang dihadiri. Dan semalam juga surau kami di Fasa 1,Taman Tunku Sarina, bandar darulaman turut serta mennumbangkan 3 ekor lembu sebagai korban oleh ahli-ahli kariah. memang agak sibuk membahagikan masa antara majlis korban serta kenduri. Tapi yang penting pengorbanan masa untuk menghadiri majlis2 tersebut telah memberikan aku kepuasan.

Jadi disini aku sertakan beberapa keping gambar yang sempat dirakamkan pada majlis korban di taman perumahan ku.

Sesampai aje aku kat surau, lembu pertama telah pun disembelih

Lembu ketiga sedang menunggu giliran…cool aje aku tengok lembu ni, macam tak risau je…

mereka yang ingin berkorban memasang niat..


kehadiran boleh tahan gak..ramai yang menghadirkan diri..cuaca juga bagus, Alhamdulillah..


yang telah selamat disembelih, kini masanya untuk melapah


lembu kedua sedang “dipersiapkan”


kanak-kanak lah yang paling teruja menyaksikan upacara korban ini…bakal mewarisi ibadat yang mulia ini..


Krew2 tarik kaki lembu..tidak kurang penting


saat2 akhir sebelum disembelih…namun bagi menjaga sensitiviti pencinta2 haiwan..gambar proses penyembelihan sengaja tidak dimasukkan..


memproses perut lembu..

Dan proses akhir, daging dipotong kecil untuk diedarkan kepada yang hadir..

Sekian untuk kali ini, salam untuk semua..


warna – warna aidil fitri 2008


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Pejam celik, pejam celik sudah tujuh hari kita berada di bulan syawal untuk tahun ini 1429 Hijrah. Ramadhan al-mubarak telah meninggalkan kita tanpa disedari. Kerinduan kepada ramadhan hanya akan terubat satu tahun dari sekarang. Semoga segala amal ibadat kita sepanjang ramadhan yang baru berlalu diterima olehNya Allah SWT. Sama-samalah kita berdoa agar dipanjangkan umur dan dipertemukan lagi dengan Ramadhan yang seterusnya.

Disini aku sekali lagi mengambil kesempatan menyusun sepuluh jari (tangan bukan kaki ye!) memohon maaf kepada semua yang singgah dan membaca entri2 ke selama ini. Mungkin ada diantara penulisan ku yang menyingung mana2 pihak tanpa disedari. Terimakasih bebanyak juga kepada semua yang terus datang dan meninggalkan jejak atau tanpa jejak. Anda semua dihargai.

Jadi untuk entri kali aku rasakan tidak lengkap menceritakan suasana raya tanpa gambar2. Oleh itu terdapat lebih gambar2 kali ini dan dan biarlah photo2 pula yang berkata-kata. Apa yang dipaparkan adalah sebahagian dari apa yang kurasakan menarik untuk dikongsi. Dan untuk kali ini aku beraya dengan kamera baru – Olympus E520, DSLR kamera pertama aku. Kenapa Olympus E520 kerana ianya mempunyai badan dan lensa yang ringan, grip yg bagus, “Image stabilasation” yang hebat & banyak “features” jugak..sesuai bagi jurugambar jalanan seperti ku, sebelah tangan memegang kamera & sebelah lagi memegang tangan anak. Namun aku hanyalah “beginner” dan banyak yang harus dipelajari dalam bidang fotografi. Sesetengah gambar awal2 ini yang tak “perfect”, “over-exposure” sana-sini.

Untuk makluman juga kali ini aku beraya pertama hingga ketiga di rumah mertuaku di Ulu Kinta, Perak. Ikut giliranlah, apa lagi..haha. Tapi dimana pun aku beraya kemeriahannya tetap ada.

Raya & Bunga Api

Tidak lengkap rasanya bulan puasa & syawal tanpa bermain mercun & bunga api, lebih2 lagi kanak2. Anak2 ku serta sepupunya2 turut merasai keriangan bermainnya kali ini. Dan bagiku ianya pasti mengamit zaman kanak2 ku dulu, bermain mercun pada waktu malam ketika orang lain bersolat terawih, naik semula ke masjid ketika solat witir hanya untuk mendapatkan “moreh” selepasnya…ish2..






Dan gambar dibawah mengambarkan realitinya, hanya atok yang boleh “stand still”..sedangkan cucu2 berkeliaran..


Takbir Hari Raya

Di pihak mertuaku bertakbir dari rumah ke rumah telah menjadi kelaziman manakala di kampungku kami hanya bertakbir di masjid selepas solat Isya..


Meziarah pusara mereka2 yang pergi

semestinya menjadi kezaliman setiap muslim pada pagi hari raya…membaca surah Yasin dan mendoakan kesejahteraan mereka disana. Untuk kali ini kami menziarah pusara arwah atuk kepada isteriku..


Raya Photoshoot

Huhu…untuk kali ini aku yang menjadi jurugambarnya..dan timing juga kurang sesuai, matahari agak meninggi waktu tu. Dan format photo juga terus buat JPEG dan bukan RAW jadi agak susah nak edit, so macam ada over-exposure sikit.

Dan menariknya keperitan untuk menangkap gambar potrait budak2 ini…5-6 kali shoot pun belum tentu ok..senget sana & sini..biasalah kanak2, mana boleh duduk diam..so yang dapat ni kira yang terbaiklah..haha!




Jenjalan rumah kawan2

Aktiviti wajib..biasanya diikuti dengan BBQ dan photoshoot jugak. Tapi tahun ini, tak ramai member2 aku & isteri yang balik..tahun depan kat Kedah, mesti buat kali ini..


Kanak – kanak

Hari raya sememangnya hari mereka. Jadi tindak-tanduk mereka memang bermacam ragam. Habis rumah atok, nenek, tok & tokwan diriuhkan.


Gambar atas adalah gambar anak aku di rumah member kami Rusna yang berkerja di Doha. “orang Nikon” tu…boleh ajar aku teknik2 fotografi..






Kenduri Kahwin

Untuk raya kali ini ada saudara berkahwin di Sg. Petani…hari raya keempat. Terlepas aku open house Ustaz Azizan kat Sri Mentaloon. Sempat shoot beberapa keping gambar kat sini





Dan inilah pengantinnya, sepupu kepada isteriku. Gambar tak boleh ambil banyak, nanti official cameraman jeles. Lagipun dia dah jeling2 kat aku, dia ingat aku paparazzi..keh2. Takpa nanti adik ipar aku kahwin aku tangkap gambaq yang mantap2…


Sekianlah corat-coret kali ini….

“Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1429 Hjrah”