Just another "Green" weblog from An NAFis family – The Shiny Happy People

Love

Personaliti Bulan Ini..

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

dahuluDahulu

P1017827Sekarang

Makanya hari ini, 3 Julai genaplah usia kelahiran beliau yang kedua. Semoga beliau terus ceria dan membesar dengan sihat dan terus menjadi terapi kepada ibu & ayah. Beliau yang aku maksudkan adalah Muhammad Anaqi Najhan. Alhamdulillah aku sekeluarga dapat melihat perkembangannya di depan mata kami dan semoga kami terus diperuntukkan masa oleh Allah SWT untuk terus membimbing nya.

Baiklah, sekadar ingin berkongsi serba-sedikit tentang dirinya..

Nama Manja: Adik Jihan, Ojihani..

Makanan kegemaran: Mushroom Soup & Garlic Bread, Buah2an, Sayur2an, Chocolate..

Buah kegemaran: Buah Naga, Mempelam..

Sayuran kegemaran: Kekacang

Minuman kegemaran: susu sustagen & lelo (Milo)

Hobi: Berenang, Siram pokok bunga, bergambar, menonton slideshow diri-sendiri…

Perkataan popular: Mommy, Diddy, Chor, Nganga, abang, Susu..

Lagu kegemaran : Yuna (sebenarnya), Shater shater (Nancy Ajram)..

Pasukan Bolasepak Kegemaran : The Reds


Selingan….this one goes out to the one I love..

Assalamualaikum & Salam Sejahtera…

apabila kebosanan kadang2 menjelma…melihat gambar yang menarik pastinya merupakan terapi yang bagus..

Lebih2 lagi menatap wajah wajah yang dekat dihati..

Jadi untuk selingan kali ini ..sila klik pada gambar dibawah untuk pautan seterusnya..

I hope you’ll enjoy it, just like I do..

Anaqi


Short Update : Mock-up B’day Party Lagi…

Assalamualaikum & Salam Sejahtera…

Sabtu lepas ada “mock-up” b’day party lagi buat kami sekeluarga…Kali ini untuk Nur Nabilah@Kak Long@Chor pulak…Yang hari lahir sebetulnya adalah pada 1 April.. “April Fool?”.. itulah antara yang diperkatakan kepada kami sewaktu aku memberitahu tentang kelahiran anak sulung kami itu kepada rakan2 ku & rakan2 isteriku pada masa itu 1997..diorang tak nak percaya pulak..ish!..tapi kenangan semuanya tu..

Dan kenapa harus ada “mock-up”, aku sudah memperjelaskannya…tak suka kek yang dibeli dibiarkan kosong…mesti ditulis sesuatu…dan bukan hanya b’day termasuklah “selamat hari raya, maulidur rasul, selamat tahun baru, awal muharram etc” berdasarkan pada tarikh semasa..

Dah 12 tahun, tak sangka…betapa cepat masa berlalu..namun syukur Alhamdullilah, diatas rezeki yang dikurniakan…

p1017493

p1017495

p1017497

p1017498

p1017499

p1017504